Hai semua,lama juga saya tak update blog ni kan..
mesti korang semua rindukan saya? hehehe
sebenarnya,banyak perkara yang saya nak kongsi dengan semua.
Tapi,nak buat macam mana kan? saya malas nak menaip..
20.september.2012 - keputusan MUET keluar.
saya dan Classmate check guna SMS..
Sebab,slip keputusan minggu depan baru boleh dapat(pengetua simpan slipnya)
Balik dari sekolah saya terus semak keputusan MUET..
Malas nak suspen lama-lama..
Bila dapat keputusannya berjurai air mata,sedih tak terhingga.bagai nak gugur jantung ni.
keputusan MUET amat mengecewakan.
Lepas saya dapat tahu keputusan tu,mood saya hilang,tak lalu nak makan..
Malam tu pula ada solat hajat di Masjid Al-Ansor,Pt raja.
Kawan-kawan saya sibuk bertanyakan keputusan MUET saya..(Yong! Ape cer MUET kau ?)
Aku cuma mampu tersenyum KAMBING,dan mendiamkan diri..
Mereka dapat mengagak yang keputusan saya tak memuaskan.
So,dia orang pujuk saya(yong.. takmao la sedih-sedih..kita orang pon sama jugak..)
Hiba rasanya,tapi saya tabahkan juga hati ni. tak nak menangis depan mereka(ego),bukan apa,takut dia orang sedih juga.
Pagi esoknya,apabila sampai ke sekolah(7.15am)
Saya terlihat classmate saya berkumpul di tempat biasa,seperti ada sesuatu yang tidak kena..
Rupanya,mereka sibuk memujuk seorang rakan saya(menangis).
Pada ketika itu,barulah saya tahu bahawa ada orang yang keputusannya lebih mengecewakan daripada saya..
Dan pada waktu itu,terbitlah rasa bersyukur dan reda saya terhadap keputusan yang saya terima(sementara sahaja)..
Walau bagaimanapun,sampai ke hari ini,saya masih dibelenggu kekecewaan.. :'(
No comments:
Post a Comment